INFORMASI SEMASA

SELAMAT DATANG KE BULETIN DIGITAL PSS SK KUALA MAI BHARU V2 2020 " detinasi & gerbang ilmu "

Wednesday, August 5, 2020

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (EDISI PKPP)

Assalam dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sumber BOLEH digunakan dan digalakan.

Sebagai langkah PERMULAAN, pastikan amalan-amalan berikut dipatuhi.

1, PSS hanya boleh digunakan DENGAN BILANGAN 24 ORANG MURID SAHAJA dalam satu-satu masa dengan mengambil kira soal SOP dan penjarakan fizikal 1 meter.

2. Hanya menggunakan buku-buku YANG DISEDIAKAN DALAM BAKUL KECIL yang diletakan  di atas meja bacaan.

3. TIADA AKTIVITI YANG MELIBATKAN PERGERAKAN  di dalam PSS seperti bergerak ke rak-rak buku dan sebagainya.

4. Aktiviti NILAM BOLEH DIGERAKAN DENGAN MENGHADKAN PERGERAKAN DAN SENTUHAN.

5. Sila catat rekod kehadiran murid dan guru menggunakan aplikasi google form. Sila scan QR Code yang disediakan di PSS.

6. MURID DILARANG MENGAMBIL BUKU DI RAK bagi mengelak dan menghadkan pergerakan. Buku yang digunakan, SILA MASUK SEMULA DALAM BAKUL YANG DISEDIAKAN.

7. TIDAK DIGALAKAN MURID BERADA DI PSS TANPA PENGAWASAN GURU.

8. TIADA AKTIVITI PINJAM BUKU  BUAT SEMENTARA WAKTU BAGI MENGELAK JANGKITAN DAN MASA REHAT MURID YANG TERHAD,  HAD PERGERAKAN DAN SENTUHAN DARI LUAR.

9. TIDAK dibenarkan menggunakan PSS untuk 2 kelas/tahun dalam satu masa. Bereti kelas/tahun seterusnya BOLEH DIGUNAKAN setelah kelas pertama tamat. Boleh semak penggunaan di blog PSS untuk RUJUKAN.

Sebarang perubahan dan perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Layari https://psskualamaibharu2020.blogspot.com/ untuk maklumat terkini.


Sunday, May 17, 2020

MOH BACA EDISI GURU DAN MURID

Sesudah membaca bahan bacaan yang disenaraikan melalui NILAM baharu, guru dan staf diminta melengkapkan MAKLUMAT BACAAN seperti link dibawah. Sila pastikan link yang betul. Mohon kerjasama daripada semua melengkapkan maklumat yang diperlukan dengan baik dan sempurna. Maklumat yang dilengkapi ialah BUKTI tentang apa yang anda lakukan untuk membaca. 


1. MOH BACA | EDISI GURU DAN STAF

2. MOH BACA | EDISI MURID TAHUN 1

3. MOH BACA | EDISI MURID TAHUN 2

4. MOH BACA | EDISI MURID TAHUN 3

5. MOH BACA | EDISI MURID TAHUN 4

6. MOH BACA | EDISI MURID TAHUN 5

7. MOH BACA | EDISI MURID TAHUN 6


Catatan :

Murid prasekolah aktiviti NILAM akan dibantu oleh guru secara individu semasa PDPC atau semasa guru ganti yang menjalankan tugas.

Monday, May 11, 2020

PELANCARAN PROGRAM MEMBACA | MOH BACA #PROGRAM NILAM SEPANJANG MASA




TONTON VIDEO GIMIK PELANCARAN
[ ANDA DIMINTA KLIK LIKE pada video dan menulis nama pada komen dan sekiranya selesai taip DONE selepas nama pada ruang komen. 
Terima kasih.]


TEKS UCAPAN PELANCARAN











Salam Ramadan Al-Mubarak
Yang saya muliakan dan dihormati,
Tuan-tuan, warga sekolah, Ibu bapa/penjaga serta murid-murid yang dikasihi.
Mengambil kesempatan ini, ingin saya tegaskan bahawa, budaya membaca sangat penting diterapkan tidak kira di mana, keadaan dan kepada semua generasi. Semakin banyak kita membaca, semakin tajam pemikiran kita. Membaca ini kalau dibuat perbandingan, seperti sebilah pisau. Semakin diasah, semakin tajam dan sangat mudah untuk memotong sesuatu. Begitulah juga dengan membaca, semakin banyak yang kita baca, semakin banyak yang kita ketahui.
Bertepatan dengan keperluan masa kini yang menuntut ketinggian ilmu, maka program membaca kali ini kena pada masanya. Lebih-lebih lagi dalam norma baharu ini, iaitu banyak masa dan keterbatasan keadaan untuk bergerak, maka membaca itu sesuatu yang sangat berguna untuk dijadikan aktiviti mengisi masa lapang. Dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, budaya membaca sesungguhnya dapat mengisi ruang yang sangat tepat. Justeru, diharapkan warga sekolah termasuklah murid-murid mengisi masa terluang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca ini.
Warga sekolah dan tuan-tuan yang saya kasihi,
Saya berharap semua pihak, jika boleh komuniti lain seperti PIBG dan ibu bapa dapat menterjemahkan hasrat ini dengan lebih baik dan cemerlang. Semoga program ini dapat disertai oleh warga sekolah, murid dan penjaga. Ini kerana tidaklah rugi mengamalkan dan melaksanakan aktiviti membaca ini. Ia sangat bermanfaat dan mudah untuk  dilaksanakan tidak kira masa, tempat dan bahan bacaan.
Saya sekali lagi menyeru agar program membaca ini menjadi budaya dan amalan dalam kehidupan seharian kita semua. Teruskan membaca. Membaca itu tiada had sempadan dan ia boleh dilaksanakan tanpa kos yang tinggi, masa yang khusus dan tempat yang khas. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan di dalam apa jua situasi. Ayuh, sahutlah seruan ini kerana yang baik itu tidak harus dilepaskan begitu sahaja dan yang lemah itu perlu diperbaiki. Membacalah demi sebuah kehidupan yang lebih cemerlang dan terbilang.
Maka, dengan lafaz yang mulia, BISMILAHIRAHMANIRAHIM  saya melancarkan  PROGRAM  MOH BACA peringkat SK Kuala Mai Bharu bagi sesi 2020 dengan SLOGAN #PROGRAM NILAM SEPANJANG MASA. Semoga aktiviti ini memberi impak yang besar kepada kecemerlangan SKKMB dan seterusnya membimbing ke arah yang lebih gemilang dan terbilang di masa-masa akan datang. Sekian, terima kasih.
BASARUDIN BIN TALIB
GURU BESAR
SK KUALA MAI BHARU
12 MEI 2020




























































































Sesudah membaca, sila isi maklumat di Moh Baca Guru

Friday, April 24, 2020

FOTO JOM BACA BERSAMA 10 MINIT



 FOTO MEMBACA
Sila Klik pada foto di atas untuk paparan keloksi foto Jom Baca Bersama.
TERIMA KASIH diucapkan kepada semua yang menyertai dan mengirim foto untuk tatapan semua. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dan tidak terhenti di sini sahaja. Amalan membaca ini wajar dijadikan aktiviti bersama keluarga tidak kira di mana sahaja berada. Semoga ia menjadi amalan terbaik kita sepanjang masa.

Editor
MAZLAN BIN CHE KOB
Buletin Digital PSS 2020

Wednesday, April 1, 2020

PERTANDINGAN MENAMAKAN PUSAT SUMBER

Dalam usaha menjenamakan Pusat Sumber SK Kuala Mai Bharu ke arah yang lebih menarik dan diketahui, pihak kami akan mengadakan satu pertandingan menamakan PSS ini dengan nama yang menarik. Mohon guru-guru dan AKP menyertai pertandingan ini dengan mencadangkan suatu nama yang menarik. Borang pertandingan akan dikeluarkan tidak lama lagi setelah pihak pengurusan memberi kebenaran pertandingan.

Syarat penyertaan pertandingan
1. Terbukan kepada semua guru dan staf. 
2. Boleh cadangkan lebih daripada satu nama dengan pangkalnya dimulakan dengan perkataan SERI. Contoh : SERI WAWASAN dan sebagainya yang menjurus kepada Pusat Sumber.
3. Jawatankuasa Pemilihan akan menentukan pemenangnya dan keputusan adalah muktamad.
4. Pertandingan akan bermula pada 00 April 2020 hingga 00 April 2020. ( Akan dimaklumkan kemudian, ini hanya pemaklkuman awal.)
5. Borang penyertaan akan diterbitkan dalam bentuk QR Code dan akan diedarkan serta penyertaan adalah WAJIB.
6. Pemenang akan diberi hadiah menarik dan akan diumumkan melalui media yang sesuai.

Sila berhubung dengan GPM untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.

ADMIN.

Tuesday, March 31, 2020

PEMBUKAAN DAN PELANCARAN

Assalamualaikum Wr. Wb. dan salam sejahtera,

Pada hari ini, 31 Mac 2020 telah dilancarkan satu buletin yang akan memaparkan pelbagai informasi dan berita berkaitan Pusat Sumber Sekolah, SK Kuala Mai Bharu, Kuala Krau. Ia menggunakan nama BULETIN DIGITAL PUSAT SUMBER SEKOLAH SK KUALA MAI BHARU 2020. Semoga pelancaran ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan seterusnya membekalkan pelbagai informasi berkaitan budaya membaca dan sebagainya.

Mudahan dengan adanya buletin seperti ini, akan terus digunakan dan memperkenalkan PSS sekolah ini ke platform yang lebih jauh, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada perkembangan ilmu.

Editor
MAZLAN BIN CHE KOB
31 MAC 2020