Sesudah membaca bahan bacaan yang disenaraikan melalui NILAM baharu, guru dan staf diminta melengkapkan MAKLUMAT BACAAN seperti link dibawah. Sila pastikan link yang betul. Mohon kerjasama daripada semua melengkapkan maklumat yang diperlukan dengan baik dan sempurna. Maklumat yang dilengkapi ialah BUKTI tentang apa yang anda lakukan untuk membaca.
Tuan-tuan, warga
sekolah, Ibu bapa/penjaga serta murid-murid yang dikasihi.
Mengambil kesempatan ini, ingin saya tegaskan bahawa,
budaya membaca sangat penting diterapkan tidak kira di mana, keadaan dan kepada
semua generasi. Semakin banyak kita membaca, semakin tajam pemikiran kita.
Membaca ini kalau dibuat perbandingan, seperti sebilah pisau. Semakin diasah,
semakin tajam dan sangat mudah untuk memotong sesuatu. Begitulah juga dengan
membaca, semakin banyak yang kita baca, semakin banyak yang kita ketahui.
Bertepatan dengan keperluan masa kini yang menuntut
ketinggian ilmu, maka program membaca kali ini kena pada masanya. Lebih-lebih
lagi dalam norma baharu ini, iaitu banyak masa dan keterbatasan keadaan untuk
bergerak, maka membaca itu sesuatu yang sangat berguna untuk dijadikan aktiviti
mengisi masa lapang. Dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, budaya membaca sesungguhnya dapat mengisi
ruang yang sangat tepat. Justeru, diharapkan warga sekolah termasuklah
murid-murid mengisi masa terluang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca
ini.
Warga sekolah dan tuan-tuan yang saya kasihi,
Saya berharap semua pihak, jika boleh komuniti lain
seperti PIBG dan ibu bapa dapat menterjemahkan hasrat ini dengan lebih baik dan
cemerlang. Semoga program ini dapat disertai oleh warga sekolah, murid dan
penjaga. Ini kerana tidaklah rugi mengamalkan dan melaksanakan aktiviti membaca
ini. Ia sangat bermanfaat dan mudah untuk dilaksanakan tidak kira masa, tempat dan bahan
bacaan.
Saya sekali lagi menyeru agar program membaca ini menjadi
budaya dan amalan dalam kehidupan seharian kita semua. Teruskan membaca.
Membaca itu tiada had sempadan dan ia boleh dilaksanakan tanpa kos yang tinggi,
masa yang khusus dan tempat yang khas. Ia boleh dilakukan
di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dan di dalam apa jua situasi. Ayuh,
sahutlah seruan ini kerana yang baik itu tidak harus dilepaskan begitu sahaja
dan yang lemah itu perlu diperbaiki. Membacalah demi sebuah kehidupan yang
lebih cemerlang dan terbilang.
Maka, dengan lafaz
yang mulia, BISMILAHIRAHMANIRAHIMsaya melancarkan PROGRAM
MOH BACA peringkat SK Kuala Mai Bharu
bagi sesi 2020 dengan SLOGAN #PROGRAM NILAM SEPANJANG MASA.
Semoga aktiviti ini memberi impak yang besar kepada kecemerlangan SKKMB dan
seterusnya membimbing ke arah yang lebih gemilang dan terbilang di masa-masa
akan datang. Sekian, terima kasih.