MEMBACA memberi kita banyak peluang dan ruang untuk kita meningkatkan pengetahuan sedia ada. Tidak mudah untuk menjadi pandai jika tidak berusaha meningkatkan kemampuan diri dalam cabaran hari ini. Ilmu boleh dicapai dalam pelbagai cara dan media. Pada hari ini, untuk mendapatkan ilmu sangat luas dan tidak terbatas. Jika dahulu, bukulah sumber rujukan penting dalam mendalami ilmu. Namun pada saat ini, ia tidak terbatas dan sangat luas.
Melalui internet misalnya,
gerbang untuk akses mengenai ilmu sangat luas. Soalnya sekarang ialah kemampuan
dan kehendak diri sendiri sahaja. Keterbatasan yang dulu sangat terkunci, namun
dengan media ini, capaian atau akses kepada ilmu itu sangat tinggi dan tiada
had sempadan dan masa. Misalnya kita boleh capai apa sahaja ilmu dalam pelbagai
bahasa pada bila-bila masa. Asal ada capaian internet, maka dapatlah kita akses
ilmu tersebut.
Pelbagai kemudahan yang boleh
digunakan apabila kita hendak mencari sesuatu ilmu di internet. Pada hari ini,
telefon pintar dapat merialisasikan permintaan anda dengan mudah. Semakin hari
semakin mudah dan dipermudahkan. Soalnya sekarang ialah adakah anda menggunakan
kesempatan keterbukaan mencapai ilmu itu dengan sebaik mungkin atau masih
berada ditahap lama.
Justeru, gunalah platform yang
semakin berkembang ini agar dapat menguruskan keberkesanan ilmu yang perlu
diisi. Sesungguhnya, anda tidak boleh terlepas dari perkembangan ini. Ini
adalah kerana perkembangan ini tidak menanti anda. Ia akan terus berkembang
tidak kira dalam apa jua situasi anda sekarang. Jika kita tidak mengikuti
ledakan perkembangan capaian ilmu pada hari ini, bererti kita dalam kerugian
yang bukan sedikit kalau nak dinilaikan dengan wang, masa dan keberuntungan.
Marilah kita bersama-sama
mengambil kesempatan ini untuk menambahkan ilmu. Ceduklah ilmu seberapa banyak
yang anda mampu kerana kesempatan ini tidak harus dibiarkan ia berlalu. Siapa
yang menguasi ilmu, dia menguasi dunia di sekelilingnya. Ayuh, selagi ada
kesempatan selagi itu harus kita ambilnya.